Hello.
Disini saya ingin menceritakan sedikit latar belakang saya. Dilahirkan disebuah kampung di daerah Kota Marudu. Bapa sudah meninggal sejak saya berumur 7tahun lagi. Pertengahan umur 9 tahun berhijrah ke bandar Kota Kinabalu(KK). Kakak sulung saya yang menampung hidup kami sekeluarga. Di pendekkan cerita,saya bukanlah seorang yang berpelajaran sebab beberapa bulan sebelum PMR saya sudah tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Haha! Sayangkan? Bila ingat2 balik sememangnya penyesalan tu ada. Tapi apa boleh buat. Bagi saya itu sudah jalan cerita hidup saya sendiri. Masa itu saya cuma terfikir mau kerja dan tolong kakak saya tampung perbelanjaan. Mak saya suda pastilah membantah. Mak mana mau tengok anak2nya tidak berjaya. Akhirnya saya mula bekerja pada usia 16 tahun di dalam sebuah shopping mall.
Ok. Cukup dulula setakat ni. Jadi cerita novel plak nanti. Hahaha!
Bye...