Hai semua...
Ok. Saya mau sambung cerita ni. Versi Sabahan ah.. Hehe.. Lepas saya stop belajar terus kerja dr umur 15 tahun,sampai lah tahun 2004 kena panggil pulak ikut PLKN 1st batch. Menangis jugalah sebab nda mau kan. Terpaksa lagi berhenti kerja,berjauhan dari keluarga 3 bulan. Haha...
Skip tu cerita PLKN,balik dr sana saya sambung balik kerja di shopping mall tu sampailah tahun 2009 saya ambil calon persendirian SPM. Sebenarnya dari tahun2 sebelum tu lg family memang ada bagi galakan,tapi saya masih tiada keyakinan diri. Bila fikir2 sampai bila pergi kerja pagi,balik malam macam tiada kehidupan kann. Masa untuk diri sendiri pun terhad.
Lepas naik turun pejabat pendidikan,alhamdulillah saya berjaya mendaftar. Apa lagi... Beli buku latihan di Eaton's (Kedai buku dlm shopping mall yg sama tempat kerja), belajar sendiri d rumah curi2 masa. Bayangkan pergi kerja dalam jam 8.30-9 pagi,balik kerja dalam jam 10-10.30 malam.
Di pendekkan cerita,bersyukurrrr betulll bila dapat keputusan lulus 6 dari 7 subjek (biarpun maths gagal. Hahah)..
So, moral of the story disini.. Jangan pandang rendah akan diri sendiri. Kita nda akan pernah tahu apa yang kita mampu buat selagi kita tidak mencuba. Sokongan dan galakan dari orang terdekat pun penting. Keyakinan diri kena ada,bila kita fikir nda boleh buat maka nda jadilah. Bila kita fikir kita boleh buat,insyaAllah boleh. Apa-apapun yang penting kita cuba dulu. Jadi nda jadi belakang kira.. ;)
Saturday, 3 September 2016
Friday, 26 August 2016
Kegagalan Itu Satu Permulaan (1)
Hello.
Disini saya ingin menceritakan sedikit latar belakang saya. Dilahirkan disebuah kampung di daerah Kota Marudu. Bapa sudah meninggal sejak saya berumur 7tahun lagi. Pertengahan umur 9 tahun berhijrah ke bandar Kota Kinabalu(KK). Kakak sulung saya yang menampung hidup kami sekeluarga. Di pendekkan cerita,saya bukanlah seorang yang berpelajaran sebab beberapa bulan sebelum PMR saya sudah tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Haha! Sayangkan? Bila ingat2 balik sememangnya penyesalan tu ada. Tapi apa boleh buat. Bagi saya itu sudah jalan cerita hidup saya sendiri. Masa itu saya cuma terfikir mau kerja dan tolong kakak saya tampung perbelanjaan. Mak saya suda pastilah membantah. Mak mana mau tengok anak2nya tidak berjaya. Akhirnya saya mula bekerja pada usia 16 tahun di dalam sebuah shopping mall.
Ok. Cukup dulula setakat ni. Jadi cerita novel plak nanti. Hahaha!
Bye...

Subscribe to:
Comments (Atom)